:: Assalamualaikum :: Hello :: Konichiwa :: Namaste :: Manakam :: Sawadikap :: Anyo Sayour :: Bonjour :: Hola :: Ohio Gozaimasu ::

Friday, 25 April 2014

Debat : CIA dan teori konspirasi hilangnya MH37

 Gambar dari Google

Hampir 51 hari kehilangan pesawat MH370 menjadi tanda tanya pelbagai pihak bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan rakyat negara luar juga tertunggu-tunggu dengan hasil pencarian yang masih lagi djalankan sehingga kini.

Pelbagai teori yang disabitkan dengan kehilangan pesawat Komersial Malaysia Airlines (MAS), MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China. Kehilangannya dianggap misteri apabila tersasar jauh dari destinasi yang ingin ditujui merungkai pelbagai teori dari macam-macam pihak.

Salah seorangnya adalah Editor Utusan, Ku Seman Ku Hussein yang mengatakan dalam Utusan bahawa hilangnya MH370 ada kaitanya dengan CIA.

 Gambar dari Google


Central Intelligence Agency (CIA) sebuah nama besar yang akan diingati sejak tragedi 9 November di New York. Katanya, ini merupakan salah satu konspirasi Amerika Syarikat untuk mengeruhkan keadaan atau hubungan baik antara Malaysia dan China.

CIA seperti yang diketahui ramai, sunguh licik, bahkan mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Contohnya membunuh.Dikaitkan bahawa ini adalah konspirasi CIA adalah MH370 membawa penumpang China seramai 135 penumpang manakala warga negara Malaysia hanya 38 orang penumpang.

Gambar dari Google
Disini kita dapat melihat bahawa senjata utama CIA untuk campur tangan adalah jumlah penumpang warga China yang majoritinya menaiki penerbangan tersebut.

Untuk mengukuhkan lagi, ini adalah konspirasi CIA, cuba kita lihat perkembangan yang dimiliki oleh China sekarang. Mereka lebih maju dari pelbagai aspek kehidupan manakala Amerika Syarikat sedikit mundur kebelakang.

Gambar dari Google
Ini sedikit sebanyak mengkuatkan lagi bahawa ini ada konspirasi pihak CIA. Jika kita imbau kembali tragedi yang berlaku pada 9 November lalu, CIA mengatakan semuanya adalah rancangan pelampau islam Al-Qaeda, Osama Ben Laden. Tetapi tiada bukti yang dapat dipaparkan.

Terlampau banyak bukti yang mengatakan semua itu adalah rancangan CIA sendiri, apabila kita dapat melihat gambar yang dipaparkan di stesen television dan internet adalah dari pelbagai arah, seolah-olah mereka mengetahui satu tragedi besar akan berlaku.

Bukan itu sahaja, untuk mengukuhkan bahawa itu adalah berpunca dari Osama, mereka menyatakan bahawa Osama pernah berkerja untuk CIA di Afghanistan, tetapi CIA telah menipu Osama dan dengan alasan itu, Osama ingin membalas dendam.

Pelik tahap pemikiran seperti ini, terlalu kritis dan penuh dengan dendam. Mereka mengawal pemikiran seluruh dunia dengan menyatakan ini adalah berpunca dari Osama.

Berbalik kepada MH370, kita dapat melihat sendiri betapa liciknya CIA dengan pelbagai konspirasi, andaian, tuduhan yang tidak siapa yang dapat buktikan kesahihannya.

Gambar dari Google

Sebagai rakyat Malaysia, kita hanya dapat berdoa agar kesemua penumpang MH370 ditemui dan segala kebenaran akan terbongkar. Mungkin segala spekulasi, teori akan terjawab dengan penemuan kapal terbang MH370. 

No comments:

Post a Comment