:: Assalamualaikum :: Hello :: Konichiwa :: Namaste :: Manakam :: Sawadikap :: Anyo Sayour :: Bonjour :: Hola :: Ohio Gozaimasu ::

Friday, 25 April 2014

BALKANISASI SIBER: Ganguan kepada semangat 1Malaysia

Balkanisasi seperti yang dinyatakan oleh penulis lebih cenderung kepada sikap sesetengah kelompok yang terlalu taksub akan sesuatu yang digemarinya. Tidak kira benda yang positif mahupun negatif. Contoh-contoh yang diberikan lebih kepada ancaman negatif jika kita terlampau berbalkanisasi dalam kehidupan.

 Gambar dari Google

Balkanisasi merupakan gejala media yang bersifat memisahkan khalayak dengan membentuk kumpulan atau pendirian masing-masing sehingga terbawa kepada faktor-faktor yang negatif seperti semangat perkauman yang kuat dan semangat berkumpulan yang pantang dicabar.

Malah bukan itu sahaja, balkanisasi juga turut dikaitkan seiring dengan kemajuan teknologi zaman kini, seperti internet. Hal ini dapat dibuktikan dengan perpecahan kaum yang terdahulu akibat daripada menerima bulat-bulat maklumat yang diterima oleh internet dan mereka terlampau taksub dengan maklumat berkenaan sehingga tidak tahu mana yang benar dan tidak.
 Gambar dari Google

Selain daripada itu, Malaysia zaman ini juga diasak dengan kebebasan internet yang tidak ada batasnya. Contoh yang dapat dilihat adalah dengan kebebasan untuk rakyat mencari segala maklumat yang diingini hanya dengan mengunakan internet. Segalanya akan terjawab hanya dengan satu “Click”.

Hal ini sedikit sebanyak membuka ruang untuk rakyat berpecah belah selain memberi kefahaman yang tidak elok dan tidak tepat.
Internet mungkin boleh dipercayai, tetapi tidak semua yang dipaparkan adalah benar. Salah satu punca yang akan menyebabkan balkanisasi adalah pengunaan internet yang tiada sekatan.

 Gambar dari Google

Selain daripada internet, terdapat juga faktor dari segi demokrasi iaitu melalui akhbar.Contoh lain yang dibincangkan adalah dalam konteks demokrasi yang dahulunya lebih berleluasa sebelum datangnya Tun Dr Mahathir.

 Gambar dari Google

Mungkin pada zaman dahulu, laman sesawang tidak giat dijalankan, tetapi sekarang ia seperti salah satu halaman utama untuk orang awam berkongsi maklumat.

Dalam pada itu, melalui intenet juga, kita dapat mengetahui pelbagai kisah-kisah peribadi orang terkemuka dan orang politik tanpa ada yang dapat berselindung. Sifat dan maklumat yang terdapat pada media baru iaitu internet tidak dapat kita perolehi dari media tradisional, hal ini disebabkan, media tradisional terbatas dari segi penyampaian maklumat.

Sebagai penambahan, balkanisasi juga merupakan faktor penting yang membuat sesetengah individu itu suka membina kumpulan tersendiri yang mempunyai minat dan keinginan tersendiri. Contohnya, Ajaran Sesat.

 
Gambar dari Google

Kita seharusnya bimbang dengan berleluasanya masalah ini, ia mungkin menyebabkan rakyat sering memfitnah, memberontak, obsess terhadap sesuatu hingga sampai satu tahap tidak dapat dikawal lagi. Perpaduan dan berwawasan haruslah dipupuk dalam setiap individu dalam sebuah Negara, contohnya Malaysia.

Gambar dari Goolge


Justeru itu, sebagai pihak yang berwawasan, kita seharusnya membendung masalah ini dengan berhemah dan beretika. Malaysia Negara yang aman dan damai, jangan disebabkan balakanisasi sesetengah individu kita dicemuh dan dipandang rendah oleh Negara luar.

No comments:

Post a Comment