Hampir
51 hari kehilangan pesawat MH370 menjadi tanda tanya pelbagai pihak bukan
sahaja rakyat Malaysia bahkan rakyat negara luar juga tertunggu-tunggu dengan
hasil pencarian yang masih lagi djalankan sehingga kini.
Pelbagai
teori yang disabitkan dengan kehilangan pesawat Komersial Malaysia Airlines
(MAS), MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China. Kehilangannya
dianggap misteri apabila tersasar jauh dari destinasi yang ingin ditujui
merungkai pelbagai teori dari macam-macam pihak.
Salah
seorangnya adalah Editor Utusan, Ku Seman Ku Hussein yang mengatakan dalam
Utusan bahawa hilangnya MH370 ada kaitanya dengan CIA.
Central
Intelligence Agency (CIA) sebuah nama besar yang akan diingati sejak tragedi 9
November di New York. Katanya, ini merupakan salah satu konspirasi Amerika
Syarikat untuk mengeruhkan keadaan atau hubungan baik antara Malaysia dan
China.
CIA
seperti yang diketahui ramai, sunguh licik, bahkan mereka akan melakukan apa
sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Contohnya membunuh.Dikaitkan
bahawa ini adalah konspirasi CIA adalah MH370 membawa penumpang China seramai
135 penumpang manakala warga negara Malaysia hanya 38 orang penumpang.
Disini
kita dapat melihat bahawa senjata utama CIA untuk campur tangan adalah jumlah
penumpang warga China yang majoritinya menaiki penerbangan tersebut.
Untuk
mengukuhkan lagi, ini adalah konspirasi CIA, cuba kita lihat perkembangan yang
dimiliki oleh China sekarang. Mereka lebih maju dari pelbagai aspek kehidupan
manakala Amerika Syarikat sedikit mundur kebelakang.
| Gambar dari Google |
Ini
sedikit sebanyak mengkuatkan lagi bahawa ini ada konspirasi pihak CIA. Jika
kita imbau kembali tragedi yang berlaku pada 9 November lalu, CIA mengatakan
semuanya adalah rancangan pelampau islam Al-Qaeda, Osama Ben Laden. Tetapi
tiada bukti yang dapat dipaparkan.
Terlampau
banyak bukti yang mengatakan semua itu adalah rancangan CIA sendiri, apabila
kita dapat melihat gambar yang dipaparkan di stesen television dan internet
adalah dari pelbagai arah, seolah-olah mereka mengetahui satu tragedi besar
akan berlaku.
Bukan
itu sahaja, untuk mengukuhkan bahawa itu adalah berpunca dari Osama, mereka
menyatakan bahawa Osama pernah berkerja untuk CIA di Afghanistan, tetapi CIA
telah menipu Osama dan dengan alasan itu, Osama ingin membalas dendam.
Pelik
tahap pemikiran seperti ini, terlalu kritis dan penuh dengan dendam. Mereka
mengawal pemikiran seluruh dunia dengan menyatakan ini adalah berpunca dari
Osama.
Berbalik
kepada MH370, kita dapat melihat sendiri betapa liciknya CIA dengan pelbagai
konspirasi, andaian, tuduhan yang tidak siapa yang dapat buktikan kesahihannya.
![]() |
| Gambar dari Google |
Sebagai
rakyat Malaysia, kita hanya dapat berdoa agar kesemua penumpang MH370 ditemui
dan segala kebenaran akan terbongkar. Mungkin segala spekulasi, teori akan
terjawab dengan penemuan kapal terbang MH370.

















